Hello. For your information, Ai salah seorang fasi yang akan handle korang masa hari orientasi bagi warga baru kemenes sessi 2015/2016. Nanti Ai akan tolong korang okay. Baik gitu. Lol. Oh yeah, sekarang Ai nak cerita pengalaman Ai masa memula masuk kemenes ni.
First day, jejak kaki atas bumi kemenes ni. Gitu ayat dia. Okay okay, masa memula jejak kaki, Ai tak expect pun haritu lah bermulanya hari Ai akan kurus, turun berat badan dengan banyak sebanyak banyaknya (sebelum ni badak, then dah boleh join model Victoria's Secret). Ahaks. Hari first nak daftar tu, Ai kena urus sendiri, settle je parking. Barang time tu stay dalam kereta dulu. Then, kitoang sefamily kena pegi dataran nak daftar, masuk je dalam dataran tu, parents Ai dah boleh relax. Anak diorang dah besar kena berdikari sendiri. Lols. Sumpah cuak time tu tak tahu nak buat mende, sebab semua kena sendiri kan. But korang jangan lah gabra lebih pulak, nanti hakak hakak dengan habang habang fasi yang hensem lagi cantik akan tolong korang. Kitorang akan bagi directions, then korang ikut je.
Masa tu lah, kena naik tangga turun tangga, masuk bilik tu bilik ni. Cop sana cop sini. Ambil gambar, ambil baju koko dua helai, bag, shawl, jadual akademik untuk dua semester (semua tu kemenes bagi free je awok). Dengan ribuan manusia time tu kau boleh bayang tak betapa penatnye mak, nok! Dekat sejam jugak lah baru selesai daftar sendiri. Sendiri okay. Tu tak cerita sesat barat dia lagi. Masa memula dulu, ingat kemenes ni besar nak mati la, sesat bagai. Tapi lelama tengok memang besar pun kemenes ni tapi takde la sampai boleh sesat. Memula je, manja. Gitu.
Then, dah settle semua, jumpa family terchenta balik, then ambil barang dekat kereta, pergi blok. Oh oh nak bagitau ni Ai blok A3. Blok A yang paling hujung tepi hutan. Memang bilik Ai tepi hutan pun. Awesome okay! Tapi tu nanti kita cerita dalam post lagi satu. Then masa dekat blok, pun kena daftar masuk sendiri, parents tunggu dekat luar bilik TV tu, then Ai masuk bilik TV, ambil kunci, bantal then register masuk. Check-in gitu lah. Bantal diorang bagi satu, tapi kalau korang jenis yang tak boleh tidur dengan satu bantal, bawaklah lagi, teddy bear ke hape ke. Gegirl gitu.
Then, settle masuk bilik. Kemas kemas. Tengahari tu siap settle dekat bilik, kitorang pegi makan dekat cafe kejap, then lepas tu family Ai balik. Sedih bhai. Tapi hidup perlu diteruskan. Cey. Then rest kejap dalam bilik, tunggu roomates yang baru sampai. Oh satu bilik empat orang tau. Tu pun nanti kita cerita lain. Petang tu bermula lah penggembaraan baru. Tukar kepada baju koko yang diorang bagi tu. Then orientasi bermula!
Penat dia tak perlu cakap. Okay. Habis orientasi pukul 12 malam cenggitu, balik bilik then pukul 4 pagi korang dah kena bangun. Masa orientasi korang akan solat berjemaah dekat surau besar. Then lepas orientasi tu, ikut lah korang nak solat dekat surau ke tak, tapi lebih afdal dekat surau lah kan. Tapi Ai blok tepi hutan, jauh dengan surau, habis orientasi tu, solat dekat bilik jelah. Orientasi berlangsung selama seminggu. Hahahahaha! Kali ni korang pulak lah yang rasa macam mana, penat letih peluh lekitnya tak sempat mandi sebab kejar masa time orientasi. Lol. Chill la seminggu je pun.
Part yang paling best time orientasi ni, korang akan dapat tahu korang dapat modul apa, then jadual kelas, then korang akan jumpa dengan kelas praktikum korang. Nanti Ai cerita dalam post lain jugak. Dan yang paling paling best tahap nak gila masa orientasi ni ialah korang akan ada pertandingan cheers war. Time tu sumpah havoc chaos nak mati. Seronok yang teruja gitu. Korang akan lawan antara Kluster/Blok A, B dan C. Blok A (Jauhari) dengan Blok C (Cendikia) adalah blok perempuan. Blok B (Bestari) adalah blok lelaki. Korang mesti eh takkan lah tiga blok je, seriously? Well well, chill doh, blok tu akan dipecahkan lagi, kepada A1-A5, B1-B5 and C1-C5. Tapi masa cheers war, tu dia gabung terus lah, A semua, B semua then C semua. Faham kan? Time ni lah korang nak tengok kegilaan fasi dan korang korang semua. Jerit jerit bagai, nak menang cheers lah kan. Kalau nak tahu macam mana cheers tu boleh search dekat Youtube, tapi baik korang rasai sendiri feeling tu nanti.
Macam masa zaman Ai, blok lelaki yang menang cheers war tu, blok A dapat number dua, then blok C dapat number tiga. Biasa lah kan, lelaki otak gegila sakai funny gitu, habis diorang nganjing kita blok perempuan, tapi yang paling kena teruk blok C lah sebab diorang dapat number tiga. So, sessi kali ni korang buat yang terbaik nak naikkan nama blok masing masing. Be supporting! Hari terakhir dalam minggu orientasi tu, korang dah free boleh pergi ronda ronda kemenes tanpa ikut arahan fasi dah. Boleh pergi tengok blok akademik dan sebagainya. Cari kelas sesiap sebab esok hari Isnin tu awak semua dah start kelas/kuliah! Oppps ;)
Post yang berikutnya insya Allah, kita ronda kemenes dengan gambar eh :)
No comments:
Post a Comment