Panaroma dekat padang kemenes, betul betul tengah padang tu, korang boleh nampak Astaka.
Dia macam tempat korang tonton bola sepak dekat stadium la. Gitu.
Suasana sunset dari aras dua block A3.
Kunci bilik. Actually, kunci bilik tu ialah kunci technician, haha. Masa tu diorang masuk perbaiki lampu bilik rosak, then diorang tertinggal dekat pintu bilik Ai, then, roomates Ai simpan sampai habis sem dua, hihi. Habis sem baru hantar balik, kunci bilik yang betul lain sikit dia punya tag tu.
Library kemenes. Dari datang masuk kemenes sampai lah habis dua sem dekat kemenes, tak pernah tahu nama library kemenes apa. Haha. Sebenarnya adalah jugak nampak nama dekat depan pintu masuk library, tapi tak pernah nak hayati betul betul, sebab tu lah tak pernah nak ingat. Lewls.
Dataran Perpatih. Setiap hari Rabu pagi, korang akan ada assembly dekat sini, selama satu jam. Time ni memang ramailah students akan siapkan tutor, assignments bagai. Tak focus sangat pun dekat assembly tu. Ish ish ish.
Dari area Dataran Perpatih ni korang akan nampak block Akademik also known as block Science dekat belakang. Habis assembly je waktu hari Rabu tu berduyun duyun lah korang akan naik ke lab masing masing.
Belanja gambar block Akademik dari area padang.
Padang kemenes, tetiap petang memang akan penuh dengan jejaka jejaka Malaya yang kacak lagi bergaya main bola sepak dekat padang ni. Yang gegirl tu adalah dekat Astaka bagi sokongan moral kononnya dekat boboy. Gitu.
Bangunan orange tu library kemenes. Sebenarnya dalam tu bukan je ada library, ada jugak computer labs, and language labs. Yang bumbung biru, stor sukan kot kalau tak silap lah. And then tepi area stor tu adalah jugak bilik music, gym (yang jarang bukak pun), tepi stor sana ada gelanggang squasy. Depan gelanggang squasy sana ada Dewan Minangkabau also known as DSG (dewan serbanguna), kalau time hari Rabu tu, hujan waktu pagi, korang akan assembly dalam DSG tu lah, then DSG tu jugak guna untuk main badminton, hari Sabtu dan Ahad pagi memang penuh dengan atlet atlet badminton antarabangsa, gitu.
Then betul betul pokok tengah tu Dewan Kuliah. Tepi kanan sana tu pun dewan kuliah, kemenes ni kalau tak silap ada sembilan dewan kuliah, paling besar dewan kuliah satu dan dua lah. It depends lah, contohnya, kalau dalam satu kuliah tu ada lapan praktikum then automatic lah korang akan guna dewan kuliah satu atau pun dua je sepanjang semester. Tapi kalau kuliah korang ada lima praktikum je, then, banyak dewan kuliah lah korang akan guna dan yang pasti bukan kuliah satu dan dua, dia antara tiga sampai sembilan. Tapi kalau tak silap selalunya dewan kuliah sembilan untuk geng PDT kot.
Dari padang nak menuju ke block B dan C. Bumbung biru sana tu ialah surau, surau depan block B, blok kanak kanak lelaki, so bukan alasan lah untuk korang tak berjemaah dekat surau. Surau dekat je kot cik habang oi.
Tudia ceq habaq dekat hampa semua, Astaka.
Langit dekat kemenes memang cantik tak tipu.
Surau :)
Gelanggang tennis belakang Astaka, belakang Astaka ni bukan je ada gelanggang tennis, gelanggang bola tampar, gelanggang basket ball, padang bola jaring, bola baling then ada padang kecil sikit daripada padang depan Astaka ni, yelah memang banyak padang pun, sebab atlet atlet yang nak main pepetang ramai gila.
Korang nak main rugby pun bisa aja pak. Oh yeah, bumbung biru kanan sana ialah koop, then tepi koop tu pun ada kedai serbaneka. Ada dua kedai korang nak shop till drop. Yelah bebudak kemenes ni ramai gila, habis kelas ke, balik dari surau lepas Maghrib ke memang koop dan kedai serbaneka lah tempat korang nak shopping maggi bagai pun. Kemenes jugak ada sediakan kedai souvenir, kedai photostat area koop tu. Nanti korang reronda lah ye.
Ke kafe C ke kita? Ke kiri tu naik atas bukit nak ke cafe C, blok C1, C2, C3 dan C4. Straight ke kanan kita ke block C5, then apartment pensyarah.
Block C yang jauh atas bukit nak mendaki. Takpe, kurus gitu habis sem nanti :)
Bangunan orange kekuningan gitu ialah cafe block B dan block B sendiri. Ai tak ambil lah gambar block B secara straight terus, kang lelaki tu cakap Ai nak skodeng diorang pulak. Sebab masa korang, gegirl nak turun dari block korang nak pegi kuliah ke koop ke surau ke library lah kemana jelah, korang boleh nampak block B3 kot kalau tak silap, aras dua diorang nah tersedia depan mata bebudak lelaki yang sakai lari lari macam entah lah nak. Haha.
Belakang sana block C5 then apartment pensyarah.
C2 kot. Memang memula korang nampak macam eee buruknya, tapi tulah yang korang akan sayang bila dah habis sem nanti :(
C1, atas bukit kan? Dah lah jauh di atas bukit, kena panjat tangga lagi, sebab atas bukit lagi. Haha.
Dari block C ni korang boleh nampak block A, block B, surau, dan dewan kuliah yang orange sana tu.
Tu block B, block cik habang.
Kediaman pensyarah, apartment pensyarah. Dekat apartment pensyarah tu ada taman permainan, mini jelah. Tapi best lah jugak kalau nak release tension naik buai laju laju dekat sana.
Block C5, dan apartment pensyarah.
Pun sama, block C5 then kediaman pensyarah. Ai berdiri dari tepi area block C4.
Say goodbye kepada lelemak degil kerana lelemak tu akan dihapuskan dengan korang gegirl dari block C nak berjalan ke block Akademik yang jauh nun di sana, setiap hari.
Tudia cafe block C.
C1, C2 dan C3.
ATM machine. Atas tu ada, library then computer labs and language labs. Oh yeah, ATM ni korang boleh guna bebila masa je, kecuali lepas pukul 11 malam kot, sebab time tu korang dah kena halau dengan guard balik blok. Actually, kemenes ada sediakan dua ATM machine, satu BSN yang bawah library ni, satu dekat luar pondok guard, Maybank. Kalau ATM bawah library ni out of service, atau pun manusia yang beratur nak ambil elaun panjang ya ampun, korang boleh guna Maybank dekat luar tepi pondok guard, tapi Maybank tu korang hanya boleh guna sebelum pukul 10 malam, lepas tu, tak boleh ye awak.
Naik tangga yang pertama korang akan nampak library, then naik tangga yang kedua ada computer labs dan language labs.
Cafe A. Cafe paling ramai dikunjungi manusia, sebab murah dan entah lah nak. Kanak kanak lelaki tak boleh masuk cafe A lepas pukul 7 petang, Harap maklum. Terima kasih. Gitu.
Jalan menuju ke block Ai. Block A3 paling hujung, tepi sana. Best gila okay.
Teruskan berjalan ye anak anak.
Usha sikit, ni block A2.
Kalau Ai dari block A3, Ai nak pegi cafe A, Ai nampak nilah cafe yang memenuhi perut Ai dengan makanan makanan yang lazat gitu. Kononnya lah kan.
Kanan sini block A4, kiri sana block A5. Tetengah tu tempat mokcik guard selalu jaga time malam. Kekadang diorang tidur jugak. Oopps.
Tudia kita nak nampak dah block A3, block Ai terchenta. Gitu.
Block A3, baby!
Dari block A3, nak usha habang habang hot dekat cafe A lepas balik kelas.
Oh ini dah masuk belakang block A3, kereta tu kereta felo. Felo tu macam warden lah, warden yang jaga kanak kanak A3, setiap block ada felo memasing, Felo Ai, felo paling best gila. Sporting je :)
Tu kediaman felo A3. Kalau korang sakit ke apa ke, korang akan report dekat felo block memasing lah.
Musim bunga dekat kemenes.
Time musim bunga ni, ramai lah gegirl datang belakang block A3, selfie bagai sebab pokok bunga ala ala sakura ni ada belakang block A3.
Tempat sidai baju block A3 lah paling best, sebab luas, Tepi hutan kan. Hihi. Oh yeah, aras dua hujung sekali tu, bilik Ai :)
Kan Ai dah bagitau, bilik Ai hujung sekali. Keluar bilik nampak balcony ni. Balcony lah sangat. Sumpah best, pepagi dan memalam sejuk je. Bunyi cengkerik bagai macam korang duduk dekat air terjun macam tu.
Usha bawah sikit. Pepetang kalau malas nak pegi padang, kitorang main dekat belakang ni lah. Memang havoc habis lah.
Then, selalu jugak lah Ai dengan kenkawan nampak kera lah, squirrel lah, then anjing hutan dekat bawah sana. Memacam binatang lah datang melawat kitorang. Actually, babi hutan pun ada tau, tapi sepanjang Ai dengan kenkawan duduk sana, takde lah pulak nampak babi hutan. Entah lah nak.
Okay, ni bila kita dah masuk block A3, belakang ni kita akan nampak perumahan orang. Tepi hutan, belakang kawasan perumahan, maju lah jugak kan.
Selalu memalam nak gayut dengan parents ke, boboy korang ke, dekat sini lah. Sebab sini line Maxis bekerjasama. Dekat dalam bilik Ai pun line chanteeek jugak, tapi saja sambil gayut tu, pusing block naik aras empat ni. Hihi.
Belakang block A ni jugak korang boleh jogging pagi time cuti ke, petang time habis kelas. Privacy sikit kan, perempuan je belakang block A ni.
Time hari Sabtu, selalunya time gegirl outing, so parents boleh lah datang ambil korang dekat belakang block ni, tapi kalau parents jauh korang akan outing dengan practikum mates tak pun roomates sendiri jelah. Lagi adventure.
Langit petang belakang block A :)
Release sikit tension tengok langit biru pepetang :)
Tu lah port selfie paling awesome time musim bunga hari tu. Siap bebaring ala ala Bollywood lagi kau. Haa, gitu.
Kekadang bunga tak luruh lagi pun, kitorang yang goncang pokok tu nak luruhkan bunga. Haha.
Ai dah bagitau dahulu kala, kemenes time pagi dengan malam memang sejuk ya ampun, buktinya kabus yang menyelubungi pagimu. Gitu.
Belakang block dengan kabus pagi memang feeling weh!
Kabus dia bukan kabus yang bebiasa ni, kabus tebal kau. Ni Kuala Pilah ke Londonnnnn, Ai konpius?!
Nak pegi breakfast dekat cafe pepagi dengan kabus cenggini memang ummphh!
Kuala P(aris)ilah :)
Dewan Kuliah Dua. Besarkan? Yes, memang anak anak, boleh muatkan lapan praktikum bersamaan dengan 167 students kalau ikut kiraan kuliah Ai dulu.
Block Akademik, block Science.
Chemistry Labs, Biology Labs, Physics Labs, bilik persediaan peralatan and Unit Physics semua dalam bangunan ni.
Matahari pagi, time assembly :)
Area Dataran Perpatih.
Block Tutoran.
Gelanggang basket ball, tennis, netball, handball, mini futsal court semua tepi bangunan tutoran.
Block Tutoran 1.
Block Tutoran 2.
Till then. Hope to see you guys again. Adios :)
jarak blok C4 dengan library bpe jauh ?
ReplyDelete